UNDI ADALAH RAHSIA.

Assalamualaikum and Hi,

Its already May today. Happy May to everyone. May this May will be blessed by Him.
Okay since its already May, it means Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13) is near. On 5th May 2013.
Everyone must be excited right? :)

Masa aku kecik kecik dulu, bila nak PRU ja mesti I will ask my mum and dad,
"Mama and Abah undi siapa?"
The answer that I will get..,
"Kakak, undi adalah rahsia. Mana boleh bagitau orang.."

Then aku pun akan senyap sebab aku tau undi adalah rahsia.
Jadi lepas tu aku pun dah tak berminat nak ambil tahu pasal politik ni. Hal orang tua-tua kan.
And, as I grow up pun aku jadi someone tak berminat dengan politik gak.

Jadi bila aku kat universiti sekarang ni nak tak nak memang hari-hari lah dengar pasal politik (mungkin dulu kat MRSM so aku jadi macam katak bawah tempurung la).
Aku memang dah decide tak nak ambil tahu pasal politik ni.

Tapi bila dah nak dewasa ni, aku kadang-kadang terfikir, siapa lah yang aku nak undi.
Ye lah lagi 3 tahun aku umur 21 tahun kan.
Tapi setakat ni, takdak siapa pun dapat meyakinkan aku siapa yang paling layak nak perintah negara.

Kenapa?
Sebab aku tak nampak apa yang mereka boleh buat untuk negara kita.
Apa yang aku nampak adalah orang yang menghina hukum Allah, orang yang menggunakan agama dgn cara yang salah, orang yg saling mengutuk antara satu sama lain secara terang-terangan, dan orang yang hanya nak menang ja.

Dulu aku masa aku pergi pasar, aku pernah nampak ada parti mana tah dia hantar anak-anak muda tolong berkempen bagi risalah kat orang.
Tapi yang aku sdih anak-anak muda tu bersubang, rambut pakai dye, macam gangster lah.
Ini ka yang parti-parti tu janjikan?
Daripada didik budak-budak ni berkempen, lebih baik ubah mereka jadi lebih baik dulu.
Kesian. Aku tengok kawan-kawan aku kat Facebook lawan kutuk mengutuk pasal parti-parti politik ni.
Kekuatan orang-orang muda ni digunakan ke arah yg salah, sepatutnya digunakan untuk agama Allah.

Pemimpin politik yang lawan kutuk mengutuk parti-parti lain tu, tak terfikirkah yang kalau apa yang dia kutuk tu betul, dah jatuh hukum mengumpat. Dan kalau lah apa yang dia cakap tu tak betul, bukankah dah jadi fitnah? Dan orang-orang yang mendengar orang kutuk-kutuk ni, bersorak-sorak ja even dia pun tak tahu benda tu betul ka tak?

Lagi satu, dah nak dekat mengundi ni macam-macam ceramah ada. Ceramah BN lah, PR lah, bebas lah and bla3. Ramai gila orang pergi kot. Hebat-hebat. Hari tu aku tengok kat FB ada gambar satu parti ni ceramah dia tak ramai orang pergi, pastu orang yang post tu cakap, "Mana penyokong parti hang weh?".
Tak pernah ka kita terfikir, ceramah parti politik ramai sangat orang pergi, maknanya ramai lah penyokong parti tu kan...tapi..
Ceramah kat masjid hanya berapa orang ja pergi. Tak perlu tengok ceramah kat masjid lah, tengok solat jemaah kat masjid pun hanya berapa saf ja.
Kan baik kalau si pemimpin-pemimpin mengajak penyokong-penyokongnya pergi masjid, tuntut ilmu.

Jadi apa yang boleh meyakinkan parti-parti politik ni boleh perintah negara dgn baik?

Kalau kita tengok zaman Rasulullah dulu, untuk memimpin ni sangatlah susah. Lepas baginda wafat, sahabat-sahabat dia pun taknak pegang tanggungjawab tu. Berat. Tapi mereka terima sebab majoriti sokong dan ada yg dah diwasiatkan. Politik sekarang? Pemimpin-pemimpin siap paksa orang sokong lagi kotttt.

Tengok pemuda-pemuda zaman dulu, Sultan Muhammad Al-Fateh, Saidina Ali, dan banyak lagi lah, apa yang mereka perjuangkan? Dakwah untuk menyebarkan Islam.
Pemuda-pemuda zaman kita, sibuk menyebarkan propaganda politik...

Mungkin aku hanyalah seorang rakyat biasa, tapi aku nak tgk negara ni aman damai dan sejahtera.
Mungkin aku akan cakap aku benci negara ni dan nak belajar kat negara lain then taknak balik Malaysia dah.
Tapi macam mana pun Malaysia ni tempat aku dilahirkan dan dibesarkan.
Takkan aku sanggup blah cenggitu jaa.

Harapan aku ialah undilah dengan bijak buat yang layak mengundi.
Buat yang menang undi jalankan amanah tu dengan baik kerana amanah tu berat, dan kalau amanah tu dikhianati anda dh masuk dalam kategori orang munafik ohh.
Buat yang masih belum layak mengundi, janganlah radikal sangat menyokong parti-parti politik ni, tenaga muda anda lebih baik jika digunakan untuk menjadikan anda insan yang lebih baik untuk agama, nusa dan bangsa.

Lets change for a better life together :)

1 comment: