......

Assalamualaikum and hi,

"Worrying abt dunya is a darkness in the heart while worrying abt akhirah is a light in the heart"

How abt us?
Did we think and do more good deeds fr akhirah, or vice versa?

hmm.

ignorance.

"Ignorance is hurt.."

"Ignorance is like when an antigen enters ur body. It will hurt at first, giving a lot of symptoms of diseases, but the body will produce antibodies to fight against it, and the antibodies will keep the memory of that particular antigen. When second exposure to the antigen occurs, the body will produce antibodies rapidly to fight more. At one point, the body is already immune to that antigen, and cant even feel the pain and finally the antigen means nothing to the body. So dear,ignore me more. Make me hurts until i cant feel it anymore. Make this feeling just fade away. Make me become an ego person. Make me know tht im no important at all. And pls, make me know how to move on.."

alhamdulillah

Assalamualaikum.

The semester ended today. Alhamdulillah. I felt so relieved.
Happiness yeah.
Hopefully the result will be good for me and my friends to proceed to the next semester :)

Kpd yg dpt twrn smbg belajar congrats weh!
Pls stay focus sbb uni is not like high school.
Jgn culture shock.
Solat tlg jaga k.
And bawalah Al-Quran ke mana saja anda pergi.
It will guide you nnti :D
Ninety-V. Jom gempakkan dunia, and work hard fr our ummah and society <3

Hee alhamdulillah thank you Allah.

muka nak last paper :)


p/s: makin lama aku makin rasa He has better plan fr me :)

selamat hari guru

Assalamualaikum and Hi,

Everybody knows 16 Mei is Teacher's Day.
Hari di mana org bg hadiah kt cikgu-cikgu nak hargai jasa depa.
Hihi, tapi tahun ni aku dah tak sekolah. In college pulak sambutan dia tak da pun kan.
So aku pun mcm taknak sambut ja. Tapi bila aku baca post kawan-kawan aku pasal cikgu-cikgu, rasa mcm comel pulak zaman sekolah, rindu betul.

Daripada zaman budak skema,
Beralih pulak ke zaman kegelapan yang teramatlah gelap,
Dan lepas tu menuju ke arah kebaikan pulak,
Then datang pulak dugaan yang dah nak buat aku terpesong,
Tapi lepas tu datang prtolongan Allah to guide me back.

But sepanjang hidup aku, dan zaman-zaman yang aku lalui,
ternyata kawan is the main factor apa yang akan jadi dgn kita.
sikap kita, result exam, attitude dengan cikgu, hubungan dgn Allah,
bg aku utk remaja yg sdg membesar, sahabat lah yang memainkan peranan.

Aku dah jumpa macam-macam jenis kawan, baik, nakal, dan even pelik.
And aku sendiri pun dah jadi semua jenis kawan ni.
And all them no matter depa ni mcm mana, sangat bermakna utk aku, mendidik aku to become even better.
Utk yg baik tu, they guide me to be better.
Utk yg nakal sikit tu, they taught me how to menepis kejahatan dan sama-sama berubah jd baik, dan yg penting, from them, I learn to accept yg setiap org tu bukan lah sempurna, dan mampu mengubah diri ke arah jln yang Allah redhai.

Alhamdulillah because Allah gave them to me.

For all my beloved teachers,
Yang pernah mengajar aku, drp segala aspek, mberi ilmu utk aku, terutamanya Mama and Abah aku yang mengajar aku sejak aku dalam perut mak aku lagi.
Thanks.
Aku tahu aku bukan murid yang baik.
Kutuk cikgu, tidur dalam kelas, tak buat homework, ponteng kelas dan bla3.
Namun tanpa guru siapalah aku hari ni.
Mungkin hanya budak hingusan yang tak reti lap hingus pun.
Tapi kerana guru-guru ni, aku menjadi manusia, yang sedang belajar erti kehidupan.

Alhamdulillah because Allah gave them to me.

Terima kasih, Mama and Abah.
Terima kasih, cikgu.
Terima kasih, kawan.

thanks sahabat!
we learned to accept each other, walaupun kita tak sempurna.

thanks my king and queen!
yang mendidik aku menjadi apa yang aku jd hari ni.

Dan....

thanks Ninety-V!
u guys coloured my life utk 5 thn ni.
dan dlm kalangan anda-anda lah saya bertemu mcm2 jenis manusia. hihi.
P/S: aku tengah exam sekarang. doakan kejayaan aku pls. dan, wait for me coming back to Kedah next Tuesday! :)


home.

Assalamualaikum and Hi,

I miss these..

adli muadz
adlina masturah, adli mirza

adlina madihah, adlina mahirah and adli mukhlis

and the people i miss the most is mama and abah...

21 may pls be fast.
Exam pls end soon.
I wanna feel and breathe the fresh air in kedah.
I need more time with myself and with the ones i love.

time, pls nice to me. and also life, and of course final exam. everythings gonna be fine. its a must.

:')


UNDI ADALAH RAHSIA.

Assalamualaikum and Hi,

Its already May today. Happy May to everyone. May this May will be blessed by Him.
Okay since its already May, it means Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13) is near. On 5th May 2013.
Everyone must be excited right? :)

Masa aku kecik kecik dulu, bila nak PRU ja mesti I will ask my mum and dad,
"Mama and Abah undi siapa?"
The answer that I will get..,
"Kakak, undi adalah rahsia. Mana boleh bagitau orang.."

Then aku pun akan senyap sebab aku tau undi adalah rahsia.
Jadi lepas tu aku pun dah tak berminat nak ambil tahu pasal politik ni. Hal orang tua-tua kan.
And, as I grow up pun aku jadi someone tak berminat dengan politik gak.

Jadi bila aku kat universiti sekarang ni nak tak nak memang hari-hari lah dengar pasal politik (mungkin dulu kat MRSM so aku jadi macam katak bawah tempurung la).
Aku memang dah decide tak nak ambil tahu pasal politik ni.

Tapi bila dah nak dewasa ni, aku kadang-kadang terfikir, siapa lah yang aku nak undi.
Ye lah lagi 3 tahun aku umur 21 tahun kan.
Tapi setakat ni, takdak siapa pun dapat meyakinkan aku siapa yang paling layak nak perintah negara.

Kenapa?
Sebab aku tak nampak apa yang mereka boleh buat untuk negara kita.
Apa yang aku nampak adalah orang yang menghina hukum Allah, orang yang menggunakan agama dgn cara yang salah, orang yg saling mengutuk antara satu sama lain secara terang-terangan, dan orang yang hanya nak menang ja.

Dulu aku masa aku pergi pasar, aku pernah nampak ada parti mana tah dia hantar anak-anak muda tolong berkempen bagi risalah kat orang.
Tapi yang aku sdih anak-anak muda tu bersubang, rambut pakai dye, macam gangster lah.
Ini ka yang parti-parti tu janjikan?
Daripada didik budak-budak ni berkempen, lebih baik ubah mereka jadi lebih baik dulu.
Kesian. Aku tengok kawan-kawan aku kat Facebook lawan kutuk mengutuk pasal parti-parti politik ni.
Kekuatan orang-orang muda ni digunakan ke arah yg salah, sepatutnya digunakan untuk agama Allah.

Pemimpin politik yang lawan kutuk mengutuk parti-parti lain tu, tak terfikirkah yang kalau apa yang dia kutuk tu betul, dah jatuh hukum mengumpat. Dan kalau lah apa yang dia cakap tu tak betul, bukankah dah jadi fitnah? Dan orang-orang yang mendengar orang kutuk-kutuk ni, bersorak-sorak ja even dia pun tak tahu benda tu betul ka tak?

Lagi satu, dah nak dekat mengundi ni macam-macam ceramah ada. Ceramah BN lah, PR lah, bebas lah and bla3. Ramai gila orang pergi kot. Hebat-hebat. Hari tu aku tengok kat FB ada gambar satu parti ni ceramah dia tak ramai orang pergi, pastu orang yang post tu cakap, "Mana penyokong parti hang weh?".
Tak pernah ka kita terfikir, ceramah parti politik ramai sangat orang pergi, maknanya ramai lah penyokong parti tu kan...tapi..
Ceramah kat masjid hanya berapa orang ja pergi. Tak perlu tengok ceramah kat masjid lah, tengok solat jemaah kat masjid pun hanya berapa saf ja.
Kan baik kalau si pemimpin-pemimpin mengajak penyokong-penyokongnya pergi masjid, tuntut ilmu.

Jadi apa yang boleh meyakinkan parti-parti politik ni boleh perintah negara dgn baik?

Kalau kita tengok zaman Rasulullah dulu, untuk memimpin ni sangatlah susah. Lepas baginda wafat, sahabat-sahabat dia pun taknak pegang tanggungjawab tu. Berat. Tapi mereka terima sebab majoriti sokong dan ada yg dah diwasiatkan. Politik sekarang? Pemimpin-pemimpin siap paksa orang sokong lagi kotttt.

Tengok pemuda-pemuda zaman dulu, Sultan Muhammad Al-Fateh, Saidina Ali, dan banyak lagi lah, apa yang mereka perjuangkan? Dakwah untuk menyebarkan Islam.
Pemuda-pemuda zaman kita, sibuk menyebarkan propaganda politik...

Mungkin aku hanyalah seorang rakyat biasa, tapi aku nak tgk negara ni aman damai dan sejahtera.
Mungkin aku akan cakap aku benci negara ni dan nak belajar kat negara lain then taknak balik Malaysia dah.
Tapi macam mana pun Malaysia ni tempat aku dilahirkan dan dibesarkan.
Takkan aku sanggup blah cenggitu jaa.

Harapan aku ialah undilah dengan bijak buat yang layak mengundi.
Buat yang menang undi jalankan amanah tu dengan baik kerana amanah tu berat, dan kalau amanah tu dikhianati anda dh masuk dalam kategori orang munafik ohh.
Buat yang masih belum layak mengundi, janganlah radikal sangat menyokong parti-parti politik ni, tenaga muda anda lebih baik jika digunakan untuk menjadikan anda insan yang lebih baik untuk agama, nusa dan bangsa.

Lets change for a better life together :)